Saturday 21 December 2013

PROGRAM KARNIVAL MINI RTC RELAU

Anjuran : JKKK Kg. Relau bersama KEDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah)
 
Tarikh : 16 Mac 2013 (Sabtu)
Tempat : Perkarangan Dataran KEDA Relau
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
 
Dirasmikan oleh : Dato Haji Mohamad Arfan Bin Shari (Pengurus Besar Kemajuan Wilayah Kedah)
Antara aktiviti  yang dijalankan adalah seperti teka mukasurat buku, pameran buku & permainan dalaman . Acara menarik : Kayuhan santai, Pertandingan Memasak, Pertandingan lilitan tudung, Sukan rakyat, Futsal, Gerai Pameran, Gerai Jualan dan penampilan khas Ustaz Don Daniyal
(Penceramah Agama)
Staf yang terlibat : PD Lima Kongsi, PD Changkat, PD Sungai Duri dan PD Sungai Kechil.
 





 
 
 

LAWATAN DARI TABIKA PERPADUAN LIMA KONGSI DAN TABIKA PERPADUAN SUNGAI BAKAP.

Tarikh : 06 April 2013 ( Sabtu )
Tempat : Perpustakaan Kg. Lima Kongsi.
Jam : 10.00 pagi 1.00 petang.
 
Pada hari tersebut PDSI Kg. Lima Kongsi telah menerima kunjungan dari Tabika Perpaduan Lima Kongsi dan Tabika Perpaduan Sungai Bakap.  Seramai 48 pelajar , 4 guru dan 10 orang ibubapa yang mengikuti lawatan itu. Aktiviti yang telah  diadakan adalah pertandingan mewarna dan tayangan vcd.
Lawatan itu diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan tengahari.
 

 

PROMOSI DI TADIKA PERPADUAN KG LIMA KONGSI

Tarikh : 12 Mac 2013 ( Selasa)
Tempat : Tadika Perpaduan Kg. Lima Kongsi
Jam : 8.30 pagi - 11.00 pagi
 
Aktiviti yang dijalankan mewarna. 28 orang pelajar dan 2 orang guru.
 
 

KEMUNCAK PROGRAM BACATHON 2013

Tarikh : 26 Oktober 2013 (Sabtu)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun
Jam : 9.30 pagi  - 12.30 tengahari

Antara aktiviti yang dijalankan adalah teka mukasurat buku, pameran buku, IPAD, permainan tradisional dan  dart ilmu.  Seramai 170 orang yang menyertainya.

Staf yang terlibat adalah Perpustkaan Pekan Simpang Ampat, PD Bukit Tambun, PD Lima Kongsi, PD Sungai Kechil & Bas Bergerak 4.
 

PROMOSI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK SIMPANG AMPAT

Program bersama sekolah dan perpustakaan
 
Tarikh : 11 Oktober 2013 ( Jumaat)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek
Jam : 8.30 pagi - 2.00 petang
 
Antara aktiviti dijalankan adalah pertandingan info race, pameran buku, dart ilmu dan dam.
Staf yang terlibat : PD Sungai Acheh, PD Changkat, PD Lima Kongsi, PD Sg. Duri, PD Sg. Kechil, PD Sg. Bakau dan PD Permatang Keling.
 Mempromosi semua perkhidmatan yang ada diperpustakaan iaitu pendaftaran keahlian, baby book, door to door, Lincoln Corner dan lain-lain lagi.
 


 
 
 
 
 

PROGRAM SEHARI BERSAMA JABATAN MUFTI PULAU PINANG

Program anjuran JKKK Kg. Sg Duri
 
Tarikh : 04 Oktober 2013 (Jumaat)
Tempat :  Pekarangan Masjid Sg Duri.
Jam : 8.00 pagi 2.00 petang.
 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Pertandingan teka mukasurat buku, permainan dalaman dan pameran buku.Selain daripada itu terdapat juga gerai-gerai jualan, pemeriksaan kesihatan dan Agensi dadah.
 
Staf yang terlibat : Cawangan Jawi, PD Sungai Duri, PD Lima Kongsi ,PD Sungai Kechil dan Bas Bergerak.

PROMOSI DI TABIKA KEMAS RELAU

Tarikh : 22 September 2013 ( Ahad)
Tempat : Tabika Kemas Relau
Jam : 9.00 - 11.00 pagi

Mempromosi kepada 21 orang  pelajar dan 2 orang guru.  Memaklumkan tentang perkhidmatan di Perpustakaan Kg. Lima Kongsi antaranya adalah baby book, door to door dan pinjaman berkelompok.
 

PROGRAM KOMUNI BEBAS DADAH-SKUAD 1MALAYSIA


Anjuran  Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Seberang Perai Selatan. (AADK)
Tarikh : 13 April 2013 (Sabtu)
Tempat : Sek Keb Seri Tasek, Simpang Ampat
Jam : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Aktiviti / Acara menarik : Mountainbike open challenge, bengkel family booth, pertandingan mewarna (6 - 7 tahun), pameran buku, teka mukasurat buku dan permainan dalaman ( congkak, dam, dart ilmu)

Staf yang terlibat : Perpustakaan Cawangan Jawi Pn Faudziah, Cawangan Pekan Simpang Ampat En. Muhamad Zam Zam, PD Lima Kongsi, PD Padang Lalang, PD Bukit Tambun dan PD Sg. Duri.






Friday 20 December 2013

PROMOSI DI TADIKA KEMAS KG. LIMA KONGSI

TARIKH : 30 Januari 2013 (Rabu)
Tempat : Tadika Kemas Kg. Lima Kongsi
Jam : 8.30 pagi - 11.00 pagi
 
Aktiviti yang dijalankan semasa promosi adalah sambung titik 1 - 36  dan mewarna.  22 orang peserta dan 2 orang guru.
 

 
 

Saturday 14 December 2013

PROMOSI DI TABIKA PASTI AL-QAMAR RELAU

Tarikh : 18 Jun 2013 ( Selasa)
Tempat : Tabika Al-Qamar Relau
Jam : 8.30 pagi - 11.00 pagi
 
Aktiviti yang dijalankan adalah membuat origami, mempromosi  PDSI Kg Lima Kongsi, door to door, baby book dan pinjaman berkelompok kepada 42 orang pelajar dan 3 orang guru.

PROGRAM HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KECHIL

Tarikh : 27 April 2013 ( Sabtu)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil
Jam : 8.00 pagi - 1.00 petang
 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran buku, permainan, mewarnadan permainan dalaman.
Staf yang terlibat ialah PD Sungai Kechil, Pd Sungai Duri, PD Lima Kongsi dan PD Changkat.