SEJARAH

LAGENDA KAMPUNG LIMA KONGSI
          Asal usul Kampung Lima Kongsi telah dicatatkan oleh seorang penduduk asal kampung tersebut iaitu Encik Ramli Desa.  Ianya juga telah disampaikan oleh penduduk kampung yang terdahulu secara lisan.  Ketika itu kawasan kampung merupakan kawasan hutan, kemudian telah diterokai oleh orang Melayu tetapi kemudian telah dikunjungi oleh lima orang Cina yang bersaudara, kelima-lima itu telah menetap disini.
         Mereka telah membuka sebuah kilang sagu dan akhirnya bersepakat menamakan kampung
itu dengan nama KAMPUNG LIMA KONGSI.  Pada waktu itu hanya mereka berlima sahaja berbangsa Cina yang kekal menetap di sini.  Kemudian datang pula orang Melayu dan juga orang India yang menambahkan bilangan penduduk di kawasan kampung tersebut.

No comments:

Post a Comment