BABY BOOK

PENGENALAN
     Program Setiap Bayi Satu Buku (SBSB) ini bertujuan untuk membantu ibubapa dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak.  Bahan Bacaan asas bagi program ini adalah buku kain yang bertajuk Setiap Bayi Satu Buku / Every Book A Baby.  Maklumat yang terkandung di dalam buku ini merupakan maklumat yang bersesuaian dan berkeupayaan menarik minat bayi dan kanak-kanak.

KAEDAH PEMBACAAN YANG BERKESAN
     a)  Pastikan pembelajaran dilakukan pada setiap hari dan berterusan
     b)  Tempoh pembacaan bergantung kepada minat dan perhatian kanak-kanak antara 5 - 30 minit dan
     c)  Jangan memaksa kanak-kanak, cuba lagi di masa lain yang sesuai.

OBJEKTIF
     a)  Program ini mendedahkan bayi dan kanak-kanak kepada dunia maklumat.
     b)  Membantu ibubapa memahami perkembangan asas pengetahuan, serta tahap kebolehan
          pembelajaran kepada kanak-kanak dan
     c)  Memupuk minat membaca dan cintakan ilmu pengetahuan di peringkat awal dan dapat meningkatkan
          keahlian dan perkhidmatan perpustakaan.

BAGAIMANA HENDAK MENGGUNAKAN BUKU INI
     a)  Buku ini sesuai dan selamat digunakan kerana ia bebas toksik.
     b)  Ibubapa disarankan terlibat dalam sesi taklimat yang dikendalikan oleh PPAPP atau badan
          berkenaan dengan program ini.
     c)  Ibubapa disarankan menggunakan koleksi perpustakaan secara berterusan supaya minat membaca
          dapat dipertingkatkan.
     d)  Ibubapa boleh merujuk kepada OPAC untuk mendapatkan bahan tambahan. 
                          
 GAMBAR


No comments:

Post a Comment